Monday, 11 November 2013

Jongkong emas jadi hantaran


BERTEMAKAN 'Mawar', majlis pernikahan Fizo Omar bersama Mawar Abdul Karim dilihat meriah dengan kehadiran sanak saudara ditambah kedatangan rakan selebriti.
Majlis pernikahan ini menyaksikan pihak lelaki memberi tujuh dulang hantaran yang berupa mas kahwin, jam tangan, tas tangan, kasut dan cincin berlian putih.
Menarik dan lain daripada biasa, Fizo turut menghantar jongkong emas bertulis Fizo Love Mawar seberat 1.011 kilogram, selain sebuah skuter kepada permaisuri hatinya.
Manakala pihak perempuan pula membalas dengan hantaran terdiri daripada tas tangan lelaki, kaca mata hitam, kasut, dua naskah Al-quran, komputer riba, cincin, plat motosikal MF120, topi keledar dan jaket motosikal serta sebuah motosikal berkuasa tinggi 1200cc jenama Ducati.
Kedatangan khas tujuh selebriti yang diketuai oleh Datuk Rosyam Nor bersama Johan As'ari, Fahrin Ahmad, Shaheizy Sam, Kamal Adli, Karl Shafek, Iqram Dinzly dan Nazim Othman yang membawa dulang-dulang hantaran bagi pihak pengantin lelaki cukup menarik perhatian.
Ditanya mengenai jongkong emas yang diberikan, Fizo Omar mengakui bahawa itu adalah hasil titik peluh yang dikumpul lebih kurang tiga tahun sebagai satu hantaran kepada bakal isterinya.
"Saya memang tersentuh dengan emas yang saya jadikan jongkong ini. Hanya saya dan ibu sahaja tahu betapa susahnya perjalanan saya mengumpul wang, demi mendapatkan sekilo emas.
"Dengan banyak perkara yang berlaku kepada saya, inilah jawapannya. Jongkong emas ini saya jadikan hantaran kepada isteri selain berat jongkong emas itu adalah simbolik kepada tarikh perkahwinan kami pada hari ini," jelasnya.

Kalau PubLic Gold,1 Kg emas sekitar 140,000.00, Jazakallahu khairan!

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20131111/hi_03/Jongkong-emas-jadi-hantaran#ixzz2kKBDWOth
© Utusan Melayu (M) Bhd

Sunday, 10 November 2013

Adakah emas masih pelaburan yang baik?

KUALA LUMPUR: Emas tidak pernah hilang seri sebagai komoditi pelaburan paling terjamin tidak kira pada kaunter dagangan mahupun di kalangan pelabur emas fizikal.

Meskipun begitu, dagangan logam berharga itu kini berdepan risiko dilanda kerugian tahunan pertama kalinya dalam sejarah 13 tahun sekiranya corak dagangan lemahnya ketika ini berterusan.

Adakah ini merupakan petunjuk bahawa emas semakin hilang tarikannya sebagai lubuk pelaburan selamat atau adakah trend menurun ini dipacu oleh faktor lebih positif seperti peningkatan keyakinan pelabur terhadap ekonomi global?

Kali terakhir dagangan emas menyaksikan kerugian tahunannya adalah pada tahun 2000 yang kemudian diikuti dengan sentimen bullish di pasaran pada tahun berikutnya.

Kejutan terbaru pula berlaku pada 15 April lalu apabila harga emas jatuh secara mendadak dengan merekodkan keruntuhan harga terbesar sejak 1993.

Ini sekaligus membawa kepada kemerosotan tinggi suku kedua tahun ini dengan kerugian mencecah rekod 44.7 bilion dolar, satu corak dagangan yang telah menggemparkan pasaran termasuk pelabur veteran.

Menurut penganalisis pelaburan Philip Futures yang berpangkalan di Singapura, Joyce Liew, sentimen di kalangan pelabur ketika ini banyak dipacu oleh keyakinan terhadap kemantapan ekonomi Amerika Syarikat.

Beliau pada masa sama kurang optimis dengan prestasi dagangan emas sepanjang tahun ini dan menjangkakan harga emas mungkin mencecah paras sokongan rendah 1107 seaun.

Meskipun begitu, rekod data yang dikumpulkan oleh Bloomberg membayangkan pasaran dagangan emas masih mempunyai harapan untuk melantun semula pada separuh tahun kedua tahun ini melihat kepada corak dagangannya sejak 1981.

Berdasarkan rekod,dari tahun 1981 sehingga 2000 ,dagangan emas bagi tempoh separuh tahun kedua biasanya lebih optimis dengan keuntungan purata sebanyak 1.3%.

Ini berbanding separuh tahun pertama yang biasanya mencatatkan kerugian purata sebanyak 3.9% bagi tempoh sama.

Jangkaan ini turut disokong oleh beberapa pemerhati pasaran yang optimis kemerosotan harga emas ketika ini adalah berikutan lambakan tawaran emas di pasaran bagi menyokong matawang dolar.

Justeru, Professor Abdul Halim dari Universiti Multimedia Melaka percaya kedudukan emas sebagai instrumen pelaburan jangka panjang terjamin tidak akan tergugat.

Pemerhati pasaran berpendapat pelabur kini perlu mengikuti rapat perkembangan di pasaran utama antaranya amerika syarikat untuk mendapatkan petunjuk.

Joyce Liew berkata antaranya perlu peka terhadap perkembangan mesyuarat Pesuruhjaya Persekutuan Pasaran Terbuka (FMOC) pada Julai dan September ini.

Harga emas dijangka akan melalui beberapa pusingkan kemerosotan lagi sekiranya keputusan bank pusat Amerika untuk menarik balik usaha rangsangan dicatitkan secara rasmi di dalam minit mesyuarat tersebut.

Manakala, untuk pasaran kembali ke paras bullish pula, dua perkara utama dinjangka akan melonjakkan harga emas iaitu jika ia mencapai paras rendah atau kadar inflasi di Amerika meningkat.

Tambah Joyce lagi, pelabur emas yang mahu melepaskan pegangan di tangan boleh menanam modal di dalam instrumen lain seperti sektor hartanah.

Dari aspek pelabur emas fizikal pula, kemerosotan harga emas telah melonjakan sentimen positif di pasaran dengan ketara dalam tempoh singkat.

Menurut Pengerusi Eksekutif Kumpulan Public Gold Datuk Louis Ng ,yang syarikatnya terlibat di dalam penjualan jongkong dan syiling emas fizikal, jualan syarikatnya telah meningkat.

Tambah Louis lagi, kos pelaburan emas fizikal yang lebih rendah ini juga menjadi faktor penggalak kepada pelabur kali pertama untuk belajar menanam modal.

Menurut Professor Abdul Halim Abdul Hamid pula, pembelian agresif emas fizikal akan turut disumbang faktor bermusim seperti ketibaan Hari Raya Aidilfitiri.

Permintaan untuk emas dalam bentuk barangan perhiasan juga dijangka menarik ramai pembeli dengan kemudahan ditawarkan banyak gedung emas yang membenarkan emas dijual kembali pada harga menarik.



Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/adakah-emas-masih-pelaburan-yang-baik-18067?cp

Friday, 8 November 2013

Proses (Carta Aliran) untuk mendapat keuntungan dalam Peniagaan dan Pelaburan Emas dan Perak

 
 
 

  1. Bermula dengan Introduce atau perkenalkan apa itu Public Gold dan kelebihan pembelian emas di Public Gold
  2. Perlu mengetahui prosedur untuk membuat pembelian di Public Gold
  3. Proses Tunggu dan semak harga naik sebelum membuat jualan
  4. Pilihan ketika dalam proses menunggu adalah dengan membuat pilihan untuk menyimpan emas fizikal tersebut atau pilihan untuk pajak di arrahnu (Pos, Bank Rakyat atau Koperasi tentera)
  5. Jika harga emas naik yang agak2 sesuai untuk jual emas balik, maka bolehlah buat jualan emas di Public Gold atau pada Dealer.
  6. Setelah mengenalpasti berapa banyak modal yang diperlukan untuk pelaburan seterusnya, anda kena pastikan harga emas 4x atau 5x lebih rendah sebelum membuat pembelian emas dengan public gold.
  7. kembali ke step no 2 untuk membuat pembelian. Proses ini akan berulang-ulang kerana itulah kerja peniaga dan pelabur emas...hehehe...Selamat memiliki dan melabur pada emas fizikal yang sebenar.
  8. Sekian Terima Kasih :)

Thursday, 7 November 2013

Bila ada orang kata 'KITA TAK PERLU JADI KAYA!'


 

Artikel asal oleh PAKDI, dengan tajuk "Islam Tidak Suruh Umatnya Jadi Kaya!"

Bukan sekali dua.

Dah banyak kali terbaca dan terdengar.
 
Islam tidak pernah menghalang kita semua mencari harta kekayaan asalkan melalui cara yang halal dan membayar zakat apabila sampai masanya.

Berikut adalah 8 jawapan untuk persoalan sebegini. Kalau terdengar dan terbaca, selalunya saya senyapkan sahaja, melainkan kalau ada orang bercakap terus dengan saya.

 #1 Nabi tak suruh umatnya jadi kaya!
Habis tu nak suruh Yahudi ke bayar zakat?

 #2 Harta tak boleh bawak masuk kubur.
Harta yang jadi sedekah jariah boleh aje.

#3 Orang kaya semua jahat, makan rasuah, tamak.
Lembaga Zakat Selangor pada 2011 kutip RM 393.5 juta. Orang jahat rupanya yang bayar zakat ni.

#4 Orang yang nak jadi kaya ni golongan kapitalis!
Oh, jadi ok lah umat Islam jadi pengemis?

#5 Buat apa jadi kaya, syukur dengan apa yang ada.
Alhamdulillah, surau taman kita dah 7 tahun tak siap-siap lagi. Agaknya missionaries Kristian mana yang nak sumbang duit ye?

#6 Yang penting ilmu, bukan harta.
Iya lah. Sebab tu kena pinjam PTPTN nak masuk universiti kan.

#7 Qarun je yang suka kumpul harta ni.
Dah orang baik-baik macam kau tak mahu, Qarun kautlah semua.
 
#8 Kena zuhud syeikh. Duit, saham, emas semua ni dunia.
Nanti kau dah masuk gaji, transfer duit tu ke akaun bank aku ye. Aku banyak hutang lagi ni belum selesai.


Rancanglah wang anda dengan bijak!"

Semoga kita semua kaya dan berjaya, dunia dan akhirat!

 

 
 
 

Wednesday, 6 November 2013

Apa yang saya sangat suka tentang pekerjaan sebagai Public Gold Authorised Dealer?

 
 
 
 
 
 
 

Beli dan simpan emas bertujuan untuk

meringankan beban hutang

Pendidikan

Persaraan

Haji

Rumah / kereta

Kesihatan

Jana pendapatan

Jual emas pada orang lain

Beli emas pada orang lain

Jual emas pada Public Gold

Recruit Dealer

Wednesday, 30 October 2013

6 Kelebihan Bisnes Jual Beli Emas


1. Emas Mudah Dijual

Emas ni memang mudah dijual sebab ramai orang dah tahu emas tu bernilai. Asalkan kita dapat fahamkan orang keuntungan simpan emas disamping menyimpan di ASB, Tabung Haji ataupun unit trust, insyaAllah orang akan alihkan simpanan dan pelaburan mereka kepada emas.

2. Tak Perlu ‘Cari’ Customer

Dengan cara berkongsi ilmu keuntungan simpan emas melalui blog, facebook dan masa jumpa dengan kawan-kawan.

Ramai orang cuma tahu emas sebagai perhiasan semata-masa.

So, bisnes ni kita tak perlu cari customer macam bisnes lain. Asalkan kita ada MODAL dan ada ILMU pasal pelaburan emas, orang akan cari kita (insyaAllah) sebab:

  • Tak ramai orang ada MODAL besar untuk jadi dealer.
  • Kalau yang ada modal besar, tak ramai yang nak berniaga emas.
  • Kalau yang berniaga, tak ramai yang ada ILMU untuk bimbing orang lain melabur emas cara yang betul dan selamat. Yang ramainya cuma suruh orang beli, beli, dan beli! Bila nak suruh jual?

3. Jual atau Tak Jual, kedua-dua pun Untung

Selain dari risiko emas tu hilang ataupun penipuan masa jual beli emas, bisnes ni boleh dikatakan tak ada risiko rugi. Stok emas yang kita ada tu, kalau orang tak beli pun tak risau sebab nilai emas sentiasa naik dan tak ada istilah stok rosak ataupun lapuk.

4. Jana Pendapatan Atas Harta Sendiri

Menurut Robert T.Kiyosaki, orang kaya jana pendapatan atas asset (harta) yang mereka ada. So, bisnes emas ni kita jana untung atas asset kita sedia ada. Maksudnya, kita dapat buat untung atas untung. Simpan emas kita untung, berniaga emas lagi untung. Dealer emas ni buat untung atas untung dengan cara;

  • Untung simpan emas. Nilai emas yang kita simpan tu sentiasa naik. Puratanya 10% – 20% setahun.
  • Untung rebat beli emas untuk simpanan sendiri. Setiap kali beli emas, Public Gold akan bayar rebat 1% – 2% mengikut dealership level.
  • Untung jual emas kepada customer. Setiap kali jual emas kepada customer, kita dibayar komisyen 1% – 2%. Ini termasuk customer yang kita refer untuk beli direct daripada Public Gold.
  • Untung beli emas dari customer. Keuntungannya 4.5% – 8% sebab kita beli emas dari customer pada harga PG Buy, iaitu harga lepas tolak susut nilai (spread).
  • Untung jual emas kepada PG. Setiap kali jual balik emas kepada Public Gold, kita akan dibayar komisyen 0.5%.
  • Untung rekrut dealer. Setiap dealer yang kita rekrut, kita dibayar komisyen overiding sebanyak berbezaan tahap komisyen kita dan dealer bawah kita. Tahap komisyen (1) Normal Dealer 1%, (2) Priority Dealer 1.5%, (3) Master Dealer 2%.


manfaatkan emas simpanan saya untuk jana keuntungan.

Yang paling best, semua keuntungan tu kita jana hanya menggunakan stok emas (harta) yang sedia ada tanpa berkurang sikit pun. Katakanlah modal beli emas RM20,000. Bila ada customer nak beli emas, jual emas tu dan replace stok baru dengan harga yang sama. So, kita untung atas komisyen.

Bila ada customer nak jual balik emas tu, pajak emas sedia ada untuk dapatkan modal dan beli emas dengan harga diskaun i.e “PG Buy” dari customer. Lepas tu cepat-cepat cari buyer, dan tebus balik emas yang kita pajak tu! Kita untung 5% – 6% hanya dengan satu urusniaga jer…

Mungkin dengan modal hanya RM20,000, anda boleh jana PENDAPATAN lebih RM2,000 (10%) sebulan! 12 bulan maksudnya anda untung RM24,000! Untung 120% setahun! Itu belum kita untung kenaikan harga emas yang anda ada…

5. Harga Emas Turun, Untung Berganda!

Kenapa macam tu ye? Sebab bila harga turun, lebih ramai orang cari dealer untuk beli emas sampai takdan tangan. Pendek kata, bila harga emas turun, komisyen dealer akan naik berganda!… Itu belum kira untung gandakan keuntungan dengan teknik Ar-Rahnu bila emas jatuh!

6. Boleh Jual Emas Sendiri Tanpa Susut Nilai

Yang terakhir, dealer emas yang ada ramai customer dapat jual emas tanpa susut nilai (spread). Katakanlah kita nak pakai duit, kita tak perlu jual kepada Public Gold pada harga “PG Buy” iaitu harga lepas tolak spread, tapi kita terus jual kepada customer pada harga “PG Sell”!

Moga kita semua berjaya dan kaya dengan emas! InsyaAllah.

Wallahu a’lam.

Cr to www.mohdzulkifli.com

Monday, 28 October 2013

Membuat pembelian melalui Dealer Public Gold


1.       Untuk membuat pembelian refer harga PG SELL (perlu di ingat harga berubah setiap 20 minit)
2.       Hubungi saya di 012-3932914(whatapp available) dan beri maklumat berikut untuk membuat order:

a.       Nama Penuh

b.   No Kad Pengenalan

c.      Email

d.       No Telefon

e.      Produk yang hendak di beli

f.      Lokasi (eg:  Sunway, Ampang, Johor dsbgnya)

ATAU

isi Form di bawah:
Form for Visitor want to join/purchase/be a dealer at Public Gold

Kemudian staff Public Gold akan call anda untuk membuat  pengesahan order. Invoice akan dihantar ke email anda selepas itu.